Wednesday, March 18, 2009

TAK PANDAI NAIK BASIKAL WALAUPUN UMUR 27 TAHUN.


PERSOALANNYA:

Makcik, saya ingin bertanya tapi sebelum tu nak cerita sikit. Saya gadis sunti berumur 27 tahun yang mempunyai basikal dalam stor di rumah. Basikal saya 18 speed tapi saya nak berlatih menaikinya tak up to speed lagi. Saya beli basikal ini sebulan yang lalu di sebuah hipermarket tempatan. Saya tak malu pun nak mengaku saya tak pandai drive basikal tapi saya malu sebab saya dah beli basikal tapi saya tak berlatih-latih lagi naiki ia di usia sebegini. Saya nak tanyalah...

Kalau saya nak berlatih naik basikal secara ekspress boleh tak saya berlatih dengan basikal di gim je?

Kalau saya berlatih basikal di jalan tar yang pastinya menggerutu tu mesti calar kulit mulus saya bila terjatuh. Macam mana saya nak berlatih naik basikal tapi masih kekal jelita dan tidak cedera?

Kalau saya naik basikal dan jatuh adakah saya boleh direferkan seperti kata pepatah tu 'sudah jatuh ditimpa tangga'? Sebab dahlah dah tua lepas tu jatuh basikal pula, malang yang malang?

Kalau belajar basikal nak kena jatuh ke? Kenapa naik basikal tak senang macam masak air dalam kettle ya?

Akhir kata, kalaulah orang dewasa boleh menggunakan basikal beroda kecik dua biji kat belakang tu tanpa dicemuh dan ditertawakan mesti sayalah orang pertama dalam barisan. Oklah makcik saya dah ngantuk. Saya akan cek blog makcik setiap jam untuk tunggu jawapannya. Sementara itu saya akan mimpikan berlatih naik basikal malam ni.



PANDANGAN MAKCIK:

Banyak betul persoalan cik adik kita nie. tapi takpe...makcik cuba bagi pandangan. Tapi korang jangan lah gelak dekat dia sebab dia tak pandai bawak basikal. Sebabnya, kita tidak tahu cara macam mana dia membesar.kan.....mungkin dia ada driver, jadi kemana aje...driver dia je yg bawak. mungkin umah dia tiada tempat yang sesuai untuk belajar basikal dan banyak lagi kemungkinan lagi. okeh, ni apa yang makcik boleh tolong.


Kalau saya nak berlatih naik basikal secara ekspress boleh tak saya berlatih dengan basikal di gim je?
Basikal di gim tujuannya adalah untuk senaman. Dan keadaannya adalah statik dimana hanya roda sahaja yang bergerak setempat. tidak ada pergerakan lain. Tujuan naik basikal adalah supaya dia boleh bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Jadi agak tak sesuai untuk belajar naik basikal di gim melainkan kalau cik adik nak belajar mengayuh dan menyihatkan badan.


Kalau saya berlatih basikal di jalan tar yang pastinya menggerutu tu mesti calar kulit mulus saya bila terjatuh. Macam mana saya nak berlatih naik basikal tapi masih kekal jelita dan tidak cedera?
Makcik rasa, better cik adik pakai pakaian keselamatan yang sesuai. Seperti helmet, pad di lutut dan siku. Atau pun, pakailah jaket yang setebal-tebalnya untuk mengelakkan calar balak yang tidak dikehendaki.


Kalau saya naik basikal dan jatuh adakah saya boleh direferkan seperti kata pepatah tu 'sudah jatuh ditimpa tangga'? Sebab dahlah dah tua lepas tu jatuh basikal pula, malang yang malang?
Tidak la begitu. pikir yang positif ya. Mungkin masih lagi ramai di luar sana yang tidak pandai bawak basikal. Siapa tahu. Dan kalau nak lagi positif...hanya fikirkan orang di Afrika yang tidak pernah berjumpa dengan basikal atau tidak memiliki basikal, juga mungkin tidak pernah naik basikal. Ataupun, orang di zaman Christoper Columbus. Itu sahaja. Yang penting semangat nak belajar. teruskan usaha anda dalam menunggang basikal.


Kalau belajar basikal nak kena jatuh ke? Kenapa naik basikal tak senang macam masak air dalam kettle ya?
Jatuh itu adalah sebahagian dari hidup kita. Ia sebagai pengajaran kepada kita...even masa mula nak berjalan pun, kita kena bertatih dahulu. Jalan jatuh. jalan jatuh. Kalau semua benda dalam dunia senang....tak meriahlah hidup kita.


So, harap puas hati lah pandangan makcik pasal persoalan cik adik nie. bagi yang nak beri pandangan jugak....hantarlah komen ya. Bersama-samalah kita membantu adik kita yang baru nak belajar naik basikal nie.

-makcik kompem layan....peace

6 comments:

Naddy on March 25, 2009 at 6:45 PM said...

makcik ni dah berapa tahun pengalaman hidup?

zzlaloq on April 15, 2009 at 2:32 AM said...

saya pernah melihat seorang perempuan berumur 28 thn belajar naik basikal. Memang hairan tapi tak mustahil. kalau jatuh luka, boleh lah claim "itu parut belajar naik basikal masa kecik2 dulu... tak hilang2 sampai sekarang.."

AisNy on August 9, 2019 at 1:35 AM said...

anak saya ni dia tak boleh naik basikal sejak kecil sekarang dia umur 11 tahun dia tetap tak reti lagi macam mana ye nak buat

SYIR on January 7, 2020 at 3:16 AM said...

Umur saya dh 18 dh tapi saya still x reti bawak basikal😭😭😭. Sbb dari kecik saya x pernah ada basikal

Unknown on June 20, 2020 at 7:10 PM said...

Sy pun x reti sedih asyik kena ejek

Unknown on February 20, 2021 at 2:50 AM said...

Aku rileks je dah 35 tahun gagap lg bwk basikal. Hahaha. Tp over bli basikal ni. Ya Allah, gayatttt. Mesti org gelakkan je😭

Post a Comment

TOLONG MAKCIK

 

MAKCIK SERBA TAU Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez