Bagi yang bercadang nak apply kad plastik. Makcik bagi tahu satu perkara sahaja yang paling penting dari segala-galanya.
DISIPLIN
Kalau korang jenis yang tak berdisiplin macam makcik....makcik larang sama sekali untuk menggunakan kad kredit. Sebabnya, bila kita tidak dapat nak mengawal penggunaan kad kredit kita, dan hanya mampu bayar seminima sahaja daripada penggunaannya, makcik nasihatkan tak payah lah berangan.
Ini pengalaman makcik sendiri (makcik tak kisah bukak pekung di dada, jangan mendedah dada suDah....). Makcik seroang yang tidak berdisiplin. Makcik pernah memakai 4 kredit kad dari bank yang terkemuka. Masa tu, makcik baruu je kerja. biasa la excited. Jadi makcik ingin mencuba.
Korang tau berapa utang makcik buat dengan kredit kad tuh. Enam ribu. RM6000. Banyak kan. Sebabnya, makcik sangat fetish dengan gadget. Pantang jumpa latest teknologi, makcik nak beli. sampai la tanpa sedar...dah ada hutang banyak tuh.
Sekarang nie, makcik dah gunting...dah terminate semua kad tuh. Makcik bayar hutang tu dengan buat personal loan. Dah takde cara lain lagi makcik nak buat. So, sekarang nie, makcik tumpu bayar kat bank sahaja, dengan kadar faedah yang lebih rendah. Dan makcik sekarang hanya berurusan dengan menggunakan debit kad dengan tunai sahaja.
Kalau teringin sangat nak sesuatu barang, makcik cuba sehabis baik simpan duit dan biarlah lambat dapat barang tu, tapi makcik tak berhutang. Jangan jadi macam makcik tau. Fikir habis baik kalau nak pakai pun.
Tak salah pakai masa emergency. Jangan pulak emergency tu maksudnya time ada mega sale...itu makcik tak boleh nak kata apa la.
oklah...sapa nak tinggal komen...silakan. Siapa ada masalah, hantar lah email...boleh kita tolong sesama sendiri. Pendapat blogger lain pun boleh diambil kira jugak kan...
makcik kompem layan.....
0 comments:
Post a Comment