Wednesday, March 18, 2009

AIR MATA DRAMA


PERSOALANNYA:

Kenapa orang perempuan dalam drama bila menangis dan air mata mencurah-curah mengalir ke pipi tak hairan langsung nak lap? Dalam dunia drama tak ada tisu atau sapu tangan ke? Lelaki yang tengok perempuan menangis itu pun tak gentleman langsung sebab tak offer sapu tangan dorang untuk lapkan manik-manik jernih tu. Kenapa a makcik? Aku dapat rasakan lekit-lekit air mata kat pipi dorang tu, eee geli.


PANDANGAN MAKCIK:

Banyak pulaka email makcik terima hari nie. Tapi takpe...makcik kompem layan. Ok bab air mata dalam drama. Makcik perasan jugak hal nie. Kadang-kadang makcik rimas jugak. Rasa diorang nie macam budak kecik pulak kan. tak reti nak lap air mata sendiri.

Makcik rasa la, ada beberapa sebab.
  1. mungkin sebab pengarah suruh dia jangan lap
  2. Dia terlalu nak tunjukkan emosinya yang dapat feling kesedihan itu, lalu dia pikir buat apa lap, rugi lah kalau orang tak perasan aku tengah buat feel sedih nie.
  3. Mungkin heronya fikir....huh buruknya pompuan nie nangis. Biar padan muka. aku tak nak offer tisu or sapu tangan. biar satu dunia tau...pompuan nie sebenarnya tak cantik pun. Semua dalam magazine, paper tu adalah hasil photoshop yang keterlaluan sahaja.
  4. dan makcik rasa....itulah caranya nak menunjukkan lakonan yang berkesan. Yela...tak pandai buat muka sedih. so, dapat keluarkan air mata pun kira dah hebat sangat la.
  5. Ataupun tangan masih lagi pedih sebab sapu minyak cap kapak nak bagi keluar air mata. So, tak mau mata tu extra pedih...so, biarkan lah air mata tu berguguran.
amacam...puas hati tak. Blogger lain pulak, pikir apa....give ur opinion guys....

-makcik kompem layan......

0 comments:

Post a Comment

TOLONG MAKCIK

 

MAKCIK SERBA TAU Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez