Wednesday, March 18, 2009

TAK PANDAI NAIK BASIKAL WALAUPUN UMUR 27 TAHUN.


PERSOALANNYA:

Makcik, saya ingin bertanya tapi sebelum tu nak cerita sikit. Saya gadis sunti berumur 27 tahun yang mempunyai basikal dalam stor di rumah. Basikal saya 18 speed tapi saya nak berlatih menaikinya tak up to speed lagi. Saya beli basikal ini sebulan yang lalu di sebuah hipermarket tempatan. Saya tak malu pun nak mengaku saya tak pandai drive basikal tapi saya malu sebab saya dah beli basikal tapi saya tak berlatih-latih lagi naiki ia di usia sebegini. Saya nak tanyalah...

Kalau saya nak berlatih naik basikal secara ekspress boleh tak saya berlatih dengan basikal di gim je?

Kalau saya berlatih basikal di jalan tar yang pastinya menggerutu tu mesti calar kulit mulus saya bila terjatuh. Macam mana saya nak berlatih naik basikal tapi masih kekal jelita dan tidak cedera?

Kalau saya naik basikal dan jatuh adakah saya boleh direferkan seperti kata pepatah tu 'sudah jatuh ditimpa tangga'? Sebab dahlah dah tua lepas tu jatuh basikal pula, malang yang malang?

Kalau belajar basikal nak kena jatuh ke? Kenapa naik basikal tak senang macam masak air dalam kettle ya?

Akhir kata, kalaulah orang dewasa boleh menggunakan basikal beroda kecik dua biji kat belakang tu tanpa dicemuh dan ditertawakan mesti sayalah orang pertama dalam barisan. Oklah makcik saya dah ngantuk. Saya akan cek blog makcik setiap jam untuk tunggu jawapannya. Sementara itu saya akan mimpikan berlatih naik basikal malam ni.



PANDANGAN MAKCIK:

Banyak betul persoalan cik adik kita nie. tapi takpe...makcik cuba bagi pandangan. Tapi korang jangan lah gelak dekat dia sebab dia tak pandai bawak basikal. Sebabnya, kita tidak tahu cara macam mana dia membesar.kan.....mungkin dia ada driver, jadi kemana aje...driver dia je yg bawak. mungkin umah dia tiada tempat yang sesuai untuk belajar basikal dan banyak lagi kemungkinan lagi. okeh, ni apa yang makcik boleh tolong.


Kalau saya nak berlatih naik basikal secara ekspress boleh tak saya berlatih dengan basikal di gim je?
Basikal di gim tujuannya adalah untuk senaman. Dan keadaannya adalah statik dimana hanya roda sahaja yang bergerak setempat. tidak ada pergerakan lain. Tujuan naik basikal adalah supaya dia boleh bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Jadi agak tak sesuai untuk belajar naik basikal di gim melainkan kalau cik adik nak belajar mengayuh dan menyihatkan badan.


Kalau saya berlatih basikal di jalan tar yang pastinya menggerutu tu mesti calar kulit mulus saya bila terjatuh. Macam mana saya nak berlatih naik basikal tapi masih kekal jelita dan tidak cedera?
Makcik rasa, better cik adik pakai pakaian keselamatan yang sesuai. Seperti helmet, pad di lutut dan siku. Atau pun, pakailah jaket yang setebal-tebalnya untuk mengelakkan calar balak yang tidak dikehendaki.


Kalau saya naik basikal dan jatuh adakah saya boleh direferkan seperti kata pepatah tu 'sudah jatuh ditimpa tangga'? Sebab dahlah dah tua lepas tu jatuh basikal pula, malang yang malang?
Tidak la begitu. pikir yang positif ya. Mungkin masih lagi ramai di luar sana yang tidak pandai bawak basikal. Siapa tahu. Dan kalau nak lagi positif...hanya fikirkan orang di Afrika yang tidak pernah berjumpa dengan basikal atau tidak memiliki basikal, juga mungkin tidak pernah naik basikal. Ataupun, orang di zaman Christoper Columbus. Itu sahaja. Yang penting semangat nak belajar. teruskan usaha anda dalam menunggang basikal.


Kalau belajar basikal nak kena jatuh ke? Kenapa naik basikal tak senang macam masak air dalam kettle ya?
Jatuh itu adalah sebahagian dari hidup kita. Ia sebagai pengajaran kepada kita...even masa mula nak berjalan pun, kita kena bertatih dahulu. Jalan jatuh. jalan jatuh. Kalau semua benda dalam dunia senang....tak meriahlah hidup kita.


So, harap puas hati lah pandangan makcik pasal persoalan cik adik nie. bagi yang nak beri pandangan jugak....hantarlah komen ya. Bersama-samalah kita membantu adik kita yang baru nak belajar naik basikal nie.

-makcik kompem layan....peace

AIR MATA DRAMA


PERSOALANNYA:

Kenapa orang perempuan dalam drama bila menangis dan air mata mencurah-curah mengalir ke pipi tak hairan langsung nak lap? Dalam dunia drama tak ada tisu atau sapu tangan ke? Lelaki yang tengok perempuan menangis itu pun tak gentleman langsung sebab tak offer sapu tangan dorang untuk lapkan manik-manik jernih tu. Kenapa a makcik? Aku dapat rasakan lekit-lekit air mata kat pipi dorang tu, eee geli.


PANDANGAN MAKCIK:

Banyak pulaka email makcik terima hari nie. Tapi takpe...makcik kompem layan. Ok bab air mata dalam drama. Makcik perasan jugak hal nie. Kadang-kadang makcik rimas jugak. Rasa diorang nie macam budak kecik pulak kan. tak reti nak lap air mata sendiri.

Makcik rasa la, ada beberapa sebab.
  1. mungkin sebab pengarah suruh dia jangan lap
  2. Dia terlalu nak tunjukkan emosinya yang dapat feling kesedihan itu, lalu dia pikir buat apa lap, rugi lah kalau orang tak perasan aku tengah buat feel sedih nie.
  3. Mungkin heronya fikir....huh buruknya pompuan nie nangis. Biar padan muka. aku tak nak offer tisu or sapu tangan. biar satu dunia tau...pompuan nie sebenarnya tak cantik pun. Semua dalam magazine, paper tu adalah hasil photoshop yang keterlaluan sahaja.
  4. dan makcik rasa....itulah caranya nak menunjukkan lakonan yang berkesan. Yela...tak pandai buat muka sedih. so, dapat keluarkan air mata pun kira dah hebat sangat la.
  5. Ataupun tangan masih lagi pedih sebab sapu minyak cap kapak nak bagi keluar air mata. So, tak mau mata tu extra pedih...so, biarkan lah air mata tu berguguran.
amacam...puas hati tak. Blogger lain pulak, pikir apa....give ur opinion guys....

-makcik kompem layan......

BILA GILIRAN KAU?


Masalahnya:

Saya ialah satu-satunya gadis sunti dalam office saya, Ada dua member ofis tengah mengandung anak sulung dan dua member lagi baru je beranak tahun lepas. Satu hari tu sorang member lagi ni dikhabarkan mengandung pula dan semua member perempuan ofis sangatlah excited. Tapi yang tak syoknya sebab mereka gurau dengan saya 'bila giliran kau'? Saya cakap nanti saya usahakan, walaupun terang alam saya gadis bujang trang tang tang. Apa komen makcik?



Pandangan makcik:

hmmm....pada pandangan makcik. Biarkan je lah dorang tu. Lantaklah. Mulut dorang. Mungkin mereka-mereka ini ingin bergurau dengan ko. Think positif ya. Dan kalau masih lagi ada usikan camtu, cakap je lah...."siapalah saya untuk melawan kuasa tuhan yang telah ditetapkan ke atas saya". Kalau tak paham jugak....cakap je "korang nie sibuk-sibuk sangat apahal. Korang ingat dengan ada anak berderet-deret maknanya hidup korang dah lengkap ke?".

Maybe jawapan yang kedua tu cam kasar sikit. Tapi why not kalau just nat shut thier mouth kan.....Yang penting...abaikan lah apa dorang cakap. Orang yang takde keja je cakap camtuh.

-makcik kompem layan....-senyumkenyit

MASALAH MAKCIK #1



Bagi yang bercadang nak apply kad plastik. Makcik bagi tahu satu perkara sahaja yang paling penting dari segala-galanya.

DISIPLIN

Kalau korang jenis yang tak berdisiplin macam makcik....makcik larang sama sekali untuk menggunakan kad kredit. Sebabnya, bila kita tidak dapat nak mengawal penggunaan kad kredit kita, dan hanya mampu bayar seminima sahaja daripada penggunaannya, makcik nasihatkan tak payah lah berangan.

Ini pengalaman makcik sendiri (makcik tak kisah bukak pekung di dada, jangan mendedah dada suDah....). Makcik seroang yang tidak berdisiplin. Makcik pernah memakai 4 kredit kad dari bank yang terkemuka. Masa tu, makcik baruu je kerja. biasa la excited. Jadi makcik ingin mencuba.

Korang tau berapa utang makcik buat dengan kredit kad tuh. Enam ribu. RM6000. Banyak kan. Sebabnya, makcik sangat fetish dengan gadget. Pantang jumpa latest teknologi, makcik nak beli. sampai la tanpa sedar...dah ada hutang banyak tuh.

Sekarang nie, makcik dah gunting...dah terminate semua kad tuh. Makcik bayar hutang tu dengan buat personal loan. Dah takde cara lain lagi makcik nak buat. So, sekarang nie, makcik tumpu bayar kat bank sahaja, dengan kadar faedah yang lebih rendah. Dan makcik sekarang hanya berurusan dengan menggunakan debit kad dengan tunai sahaja.

Kalau teringin sangat nak sesuatu barang, makcik cuba sehabis baik simpan duit dan biarlah lambat dapat barang tu, tapi makcik tak berhutang. Jangan jadi macam makcik tau. Fikir habis baik kalau nak pakai pun.

Tak salah pakai masa emergency. Jangan pulak emergency tu maksudnya time ada mega sale...itu makcik tak boleh nak kata apa la.

oklah...sapa nak tinggal komen...silakan. Siapa ada masalah, hantar lah email...boleh kita tolong sesama sendiri. Pendapat blogger lain pun boleh diambil kira jugak kan...

makcik kompem layan.....

SIAPA MAKCIK NIE...??




Makcik nie takde la terer sangat nak jawab persoalan korang. Dan makcik nie bukan la tua sangat pun. Dalam 20-an. Tapi makcik nie bab kaunseling orang....sangat terer. Itu cakap-cakap sahabat makcik la. Mungkin jugak.

Lagipun ramai kawan makcik yang suka sangat tanya pendapat/padangan makcik. Bukan kawan aje...family pun. Heran jugak mulanya. Tapi semakin lama...semakin ramai pulak yang datang merujuk dengan makcik.

Makcik nie takde suka sangat dipanggil MAKCIK. Tapi, orang cakap...nak bagi rasa selesa bila orang menanya dan makcik memberi jawapan...makcik gelar je lah diri nie MAKCIK. tapi makcik nie vogue tau...

So, kepada sesapa nak tanyakan soalan. Tak kiralah...masalah peribadi ke. Body ke. Biasa-biasa ke. tanya la....selagi makcik terdaya menjawab. makcik jawab.

Bagi persoalan yang makcik kurang arif..jangan risau. makcik ramai kawan yang boleh dirujuk. Jangan risau...semua cerita akan diletak nama samaran. tanpa mendedahkan identitinya. Identiti makcik pun korang tak tau kan....

so....jangan lupa hantar pertanyaan anda di:

makciktau@gmail.com

makcik kompem layan.....

TOLONG MAKCIK

 

MAKCIK SERBA TAU Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez